20120113

reach the star

Tak kira kat mana aku pijak tanah
setiap petak orang ukur inci kira
tak kira setiap kali aku bersuara
mesti ada konsonan vowel yang tak kena
tak kira setiap kali aku dengus tak semena
harus ada orang yang bertanya 'kau siapa'

dari kecil yang paling aku benci untuk terima
bila kena pindah sekolah
bila kena jadi budak baru
mesti ada bad assumption yang tak suka yang benci tak mengena
aku senyum dengar apa pun yang orang kata
terima terima
dan bila dah jadi kawan baik, mengaku dulu pernah ada benci
aku senyum lagi dan
terima terima

i always try looking down,
forget for what they did
and people still judging and keep judging
dan aku mahu bagitahu ulang banyak banyak kali

tak pernah aku cari orang bila susah sendiri
tak akan ku cerita sakit hati yang dibenih setiap kali
tak pernah aku putus asa meyakinkan orang hari-hari
kalau populariti dan peduli orang yang aku cari
sampai aku selalu judge kena sindir tentang hidup sendiri
i think this is a nightmare
dan bila ditanya
apa benda yang aku mahu dalam dunia ni,
aku mahu jadi apa pun asalkan tak siapa mahu kisah dan peduli.

bukan attitude problem aku rasa
sebab aku takpernah bermusuh dengan kawan-kawan
tapi masalahnya orang jauh berbatu-batu
yang aku anggap aku bayang-bayang dia sendiri

kalau tak suka jangan benci,

bagi masa, kenal saya.

selamat berkenalan